PH Kembali Sokong Dr Mahathir Sebagai PM Ke-8

KOTA KINABALU: Tun Dr. Mahathir Mohamad dijangka menghadap Yang Dipertuan Agong untuk menjadi Perdana Menteri Ke-8 selepas mendapat kembali sokongan daripada Pakatan Harapan (PH).

PH dalam satu kenyataan berkata, gabungan itu telah mendapat mandat jelas dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), justeru kerajaan yang ada akan dipertahankan.

Berikut kenyataan penuh tersebut:

PH merupakan gabungan yang telah mendapat mandat pada PRU14.

PH bertegas menentang sebarang usaha ‘kerajaan pintu belakang’ terutama yang melibatkan kleptokrat dan pengkhianat perjuangan, yang akan merosakkan segala usaha reformasi yang telah dilaksana hingga kini.

Oleh itu, demi mempertahankan perjuangan, PH menyatakan sokongan penuh terhadap Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri.

PH berpegang teguh kepada prinsip dan akan terus memperjuang manifesto PH dalam kerajaan.

4731