”Tun Mahathir Letak Jawatan Kerana Tak Mahu Bekerjasama Dengan UMNO” – Lim Guan Eng

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, meletak jawatan kerana tidak mahu kerjasama dengan UMNO, kata Menteri Kewangan merangkap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Menerusi sidang media khas DAP yang disiarkan secara langsung, beliau berkata, Dr Mahathir tidak boleh bekerja dengan UMNO kerana kami (Pakatan Harapan) telah bekerja keras untuk menewaskan parti tersebut dalam PRU 2018 yang lalu.

Malah, memetik laporan Bernama, beliau turut memuji prinsip dan pegangan Dr Mahathir.

”Ini adalah kali pertama Perdana Menteri Malaysia bersedia untuk meletakkan jawatan mengikut prinsip bagi menegakkan integriti dan memerangi rasuah,” kata beliau.

Tambah beliau, masalah berlaku kerana terdapat pemimpin dari parti Bersatu dan PKR yang dikatakan mahu membentuk kerajaan baharu bersama UMNO.

Terdahulu, desas-desus perubahan landskap politik negara akhirnya terjawab apabila Dr Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri ,diikuti dengan parti Bersatu yang keluar dari PH serta pemecatan serta perletakan jawatan Ahli Parlimen PKR.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *