Ahli BERSATU Sabah Diminta Tenang

Timbalan Ketua Badan Pimpinan Negeri BERSATU Sabah, Datuk Masidi Manjun.

KOTA KINABALU: Semua ahli Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) Sabah diminta bersabar dan tenang susulan peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi.

Timbalan Ketua Badan Pimpinan Negeri BERSATU Sabah, Datuk Masidi Manjun meminta ahli BERSATU Sabah membiarkan kecelaruan politik yang sedang berlaku diselesaikan dengan baik.

“Saya minta agar semua ahli BERSATU di Sabah bertenang. Biarkan kemelut politik yang sedang berlaku sekarang diselesaikan dengan baik dan aman terlebih dahulu.

“BERSATU Sabah juga tidak mempunyai apa-apa perancangan untuk berjumpa Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal buat masa ini.

“Saya pasti beliau (Shafie) lebih arif mengenai apa yang sedang berlaku,” katanya ketika dihubungi BH.

BERSATU Sabah juga belum menentukan tindakan susulan berikutan perkembangan politik itu.

Sumber: Berita Harian

1032