Muhyiddin Umum BERSATU Keluar PH

Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin.

KUALA LUMPUR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mengumumkan keluar daripada Pakatan Harapan (PH).

Perkara itu diumumkan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin, melalui satu kenyataan, sebentar tadi.

Muhyiddin berkata, perkara itu diputuskan Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU dalam mesyuarat khas yang diadakan semalam.

“Semua Ahli Dewan Rakyat daripada BERSATU dengan ini turut keluar daripada PH.

“Mereka sudah menandatangani Akuan Bersumpah (SD) untuk terus menyokong dan memberi kepercayaan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.

Keputusan ini dibuat dengan mengambil kira perkembangan politik semasa dan masa depan negara,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *