Azmin, Zuraida Dipecat

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (kanan) dan Zuraida Kamaruddin.

PETALING JAYA: PKR hari ini memutuskan memecat Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin, berkuat kuasa serta-merta.

Keputusan itu dimaklumkan Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini, hari ini.

“Berlaku satu pengkhianatan terbuka oleh berapa watak yang menjadi dalang utama yang jelas bertentangan dengan pendirian parti dalam perkara kedudukan Perdana Menteri.

“Akibat pengkhianatan terbuka, ia menyebabkan keadaan yang boleh menjejaskan kerajaan PH. Jadi ia membawa kesan kepada ekonomi dan politik. Kita lihat (kejatuhan) ringgit, bursa saham dan sebagainya.

“MPP (Majlis Pimpinan Pusat) mengambil ketetapan Azmin dan Zuraida dengan ini dipecat berkuat kuasa serta merta ,” katanya.

Sumber: Berita Harian

3444