72 Individu Ditahan Dalam Ops Ice Breaker Di Pekan Inanam, Kampung Likas & Sinsuran

Sebahagian individu yang ditahan selepas terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.

KOTA KINABALU: Polis berjaya menahan 72 individu selepas didapati melakukan pelbagai kesalahan dadah sepanjang Ops Ice Breaker dijalankan di beberapa kawasan di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, operasi bermula 15 hingga 21 Februari itu dijalankan di sekitar Pekan Inanam, Kampung Likas dan sekitar Sinsuran.

“Tiga pengedar berjaya ditahan manakala 16 yang lain memiliki dadah termasuk dua memiliki dadah berbahaya dan 53 yang lain terlibat penyalahgunaan dadah.

 Anggota polis semasa menjalankan pemeriksaan terhadap individu yang ditahan.
 

“Kesemua yang ditahan termasuklah 55 warga tempatan dan 17 yang lain adalah warga asing,” katanya sambil menambah sebanyak 15.44 gram syabu dan 0.95 gram ganja bernilai RM2,335 dirampas sepanjang operasi.

Habibi berkata kesemua tahanan akan disiasat mengikut Seksyen 39A(1), Seksyen 12(2), Seksyen 6 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Beliau berkata usaha pembanterasan pengedaran serta penagihan dadah di sekitar daerah ini sentiasa diperhebat dari semasa ke semasa demi kesejahteraan dan ketenteraman awam dalam daerah Kota Kinabalu.

“Orang awam diminta menyalurkan maklumat kepada pihak polis bagi meningkatkan lagi usaha pembanterasan dadah di sini,” katanya.

Sumber: Utusan Borneo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *