Bermula Malam Ini Harga Minyak Diesel Kekal, Petrol Naik 2 Sen Sahaja

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON97 naik dua sen kepada RM2.38 seliter, manakala RON95 naik dua sen kepada RM2.08 seliter manakala diesel kekal RM2.14 seliter, berkuat kuasa tengah malam ini hingga 28 Februari.

Dalam kenyataan hari ini, Kementerian Kewangan memaklumkan berdasarkan pengiraan di bawah formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga runcit petrol RON95 dan diesel bagi tempoh itu masing-masing sepatutnya RM2.08 dan RM2.14 seliter.

“Ini menunjukkan kenaikan dari minggu lalu bagi harga runcit produk petrol RON95 yang berada pada paras RM2.06 seliter manakala diesel berada pada paras yang sama RM2.14 seliter,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut, harga runcit bagi petrol RON95 dinaikkan pada paras RM2.08 seliter dan harga runcit bagi diesel dikekalkan pada harga RM2.14 seliter, selaras keputusan kerajaan menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan menjaga kesejahteraan ekonomi rakyat.

“Namun apabila harga pasaran dunia naik dan demi melindungi pengguna daripada mengalami impak kenaikan harga, harga runcit produk petroleum akan dikekalkan pada paras tidak melebihi RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter bagi petrol RON95 dan diesel, melalui pemberian subsidi,” menurut kenyataan itu. – BERNAMA

1101