(VIDEO) ‘Aku Cabar Kau Jumpa Aku! Dasar Orang Kaya Ambil Kesempatan!!’ – Ali Puteh

Hari ini, ahli perniagaan Datuk Aliff Syukri Kamarzaman membuat video live mengenai perjalanannya melawat isteri kepada arwah Abam Bocey. 

Menurut Aliff, Abam juga merupakan kenalannya kerana mereka pernah berlakon sama suatu ketika dahulu dan beliau sendiri terkejut dengan berita pemergian arwah. 

Berdasar video tersebut, Aliff bertanya apa perancangan isteri arwah yang kemudian menjawab dia akan meneruskan perniagaan bapanya. 

Difahamkan, pihak yang datang menziarah juga ada bertanyakan beberapa soalan yang sangat sensitif dan tidak sepatutnya membuatkan ramai netizen bengang lalu menegur Aliff di ruang komen.

Malangnya komen-komen itu tidak diendahkan. 

Video ‘interview’ ini juga mendapat perhatian dari adik Abam iaitu Ali Puteh yang kemudian memuat naik status di Instagramnya. 

“Aliff Syukri.. Aku cabar kau jumpa aku dan keluarga. Dasar orang kaya yang mengambil kesempatan!!!” – Ali Puteh

REAKSI NETIZEN

Ramai netizen yang meluahkan rasa kurang senang mereka dengan tindakan Aliff yang didakwa tidak menghormati isteri arwah abam yang baru sahaja kehilangan orang tersayang.

Malah, tindakannya membawa beberapa jurukamera itu dianggap begitu terdesak untuk mendapatkan viewers tinggi dan keuntungan dari YouTube. 

Sumber: Facebook Aliff Syukri

6228