Semakin hari semakin banyak kematian berkaitan serangan jantung dilaporkan di negara kita malah di seluruh dunia. Kematian itu pasti kerana telah dijanjikan oleh Allah.
Jika dulu ia kerap dikaitkan dengan warga emas, namum sejak kebelakangan ini ia sudah mula dialami oleh golongan muda. Lebih menakutkan bila ia menyebabkan kematian mengejut.
Seperti perkongsian daripada Public Health Malaysia mengatakan bahawa serangan jantung boleh terjadi pada waktu pagi iaitu ketika fasa tidur yang terakhir.
Awal pagi dan waktu terakhir fasa tidur merupakan antara waktu yang paling BAHAYA dan kritikal sekitanya berlaku serangan jantung atau strok.
Pada waktu ini, hormon kortisol yang dirembeskan oleh kelenjal adrenal akan memuncak menyebabkan tekanan darah, paras gula dan degupan jantung bertambah laju.
Perkara ini akan menyebabkan peningkatan penggunaan oksigen dan penyempitan saluran darah termasuk saluran darah di jantung.
Ketika ini, platlet dan bahan yang merangsang proses pembentukan ketulan darah juga masih terenap di dinding saluran darah menyebabkan pembentukan ketulan darah beku mudah berlaku.
Risiko meningkat berganda bagi pesakit darah tinggi, kencing manis, perokok dan individu yang mengalami stress serta kurang tidur.
Sekiranya anda atau sesiapa alami gejala serangan jantung pada waktu kritikal ini, dapatkan rawatan segera. Bagi pesakit kencing manis dan darah tinggi, pastikan tekanan darah terkawal pada waktu kritikal ini.
Sumber: Public Health Malaysia, SiakapKeli