Tahlil Tiga Malam Untuk Arwah Ashraf

KUALA LUMPUR: Majlis tahlil untuk Allahyarham Ashraf Sinclair diadakan tiga malam berturut-turut di kediaman pelakon itu di Pejaten, Jakarta Selatan, mulai malam tadi.

Majlis tahlil yang diketuai Ahmad Habib, akan dianjurkan malam ini dan esok, lapor KOMPAS.com.

Semalam, jenazah arwah Ashraf selamat dikebumikan di San Diego Hills, Karawang, Jawa Barat pada jam 4.47 petang waktu tempatan atau 5.47 petang waktu Malaysia.

Pagi semalam, dunia hiburan dikejutkan dengan berita pemergian Allahyarham Ashraf di Rumah Sakit Metropolitan Medical Centre (MMC), di Kuningan, Jakarta, pada jam 4.51 pagi waktu tempatan atau 5.51 pagi waktu Malaysia.

Sementara itu, KOMPAS.com melaporkan, selepas menikahi Bunga Cinta Lestari (BCL) di Masjid Al Bina Senayan, Jakarta pada 8 November 2008, Ashraf aktif berlakon bagi mengembangkan karier seni di Indonesia.

Sejak 2008, Ashraf membintangi 13 judul drama televisyen (TV) atau sinetron dan filem Saus Kacang. – AGENSI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *