
KUALA LUMPUR: Keluarga Allahyarham Ashraf Sinclair dilaporkan tiba di rumah mayat di kawasan Pejaten Barat, Jakarta Selatan, kira-kira jam 1.03 petang waktu tempatan atau 2.30 petang waktu Malaysia.
Mengikut laporan KOMPAS.com, setibanya di lokasi, ayah Ashraf, Mohamad Anthony John Sinclair yang berpakaian putih, memasuki premis berkenaan.

Namun, beliau dilihat sempat melemparkan senyuman kepada media bertugas.
Manakala ibunya, Khadijah Abdul Rahman yang berpakaian serba hitam, dilihat berwajah sembab dengan air mata berlinang dan kepalanya tunduk.
Ibu bapa Ashraf dilihat dikawal polis di lokasi yang dipenuhi petugas media, saudara-mara, kenalan dan peminat Ashraf. – AGENSI