Tanggung Sakit 24 Jam Angkara Cincin

Keadaan jari mangsa yang membengkak akibat cincin yang di pakainya gagal ditanggalkan. Nstp/ Ihsan Bomba Sukarela Kalabakan. Gambar Ihsan Bomba Sukarela Kalabakan

KALABAKAN: Seorang remaja lelaki menanggung sakit lebih 24 jam apabila jari telunjuk kanan membengkak selepas cincin dipakainya tidak dapat ditanggalkan.

Remaja 14 tahun itu dikatakan mula menderita apabila jari telunjuknya membengkak sejak semalam usaha menanggalkan cincin tidak berjaya.

Gambar Ihsan Bomba Sukarela Kalabakan

Akibat tidak tahan sakit, pelajar tingkatan dua sebuah sekolah menengah di sini itu mengadu kepada ibu saudaranya yang kemudiannya mendapatkan khidmat bomba.

Ketua Operasi Bomba Sukarela Kalabakan, Kadir Imran berkata, mangsa ditemani ibu saudaranya hadir di balai bomba kira-kira jam 11 pagi tadi untuk mendapatkan bantuan.

Menurutnya, anggota bomba membantu memotong cincin pada jari mangsa menggunakan peralatan khas.

“Kami mengambil masa kira-kira 15 minit untuk memotong cincin berkenaan.

“Cincin berjaya ditanggalkan dan jari mangsa hanya mengalami luka kecil sebelum diberikan rawatan lanjut,” katanya.

Sumber: Harian Metro

680