China Menipu Punca Penularan Koronavirus – Senator AS

Anggota paramedik memberikan rawatan kepada pesakit yang terkena jangkitan coronavirus (COVID-19) di Hospital Palang Merah Wuhan di Hubei. – Foto AFP

WASHINGTON: Ketika angka kematian akibat coronavirus (COVID-19) di China melepasi angka 1,700 orang, negara itu didakwa terus melindungi punca sebenar penularan wabak yang dikatakan bermula di sebuah pasar makanan laut di Wuhan.

Dalam temubual Sunday Morning Futures menerusi saluran Fox News, Senator Amerika Syarikat, Tom Cotton, menegaskan kerajaan China menipu sejak dahulu dan terus menipu sehingga hari ini.

“Situasi ini makin buruk sebab China telah menipu sedari mula dan terus menipu sehingga hari ini.

“Malah, terdapat banyak lagi yang masih tidak diketahui berkenaan virus ini.

“Contohnya, berapa ramai individu yang boleh dijangkiti sekiranya salah seorang adalah pembawa virus itu,” katanya.

Cotton turut membangkitkan persoalan kewujudan makmal bio-keselamatan di Wuhan, bandar yang dipercayai permulaan kepada penyebaran virus berkenaan.

Beliau turut mendakwa virus yang kini meragut lebih 1,700 nyawa itu berpunca di sebuah makmal bio-keselamatan yang terletak kurang beberapa batu dari pasar berkenaan.

Katanya, virus berkenaan bukan berasal dari pasar di Wuhan berikutan pakar epidemiologi di China yang menjalankan kajian mendapati kes asal jangkitan virus berkenaan tidak mempunyai hubungan dengan makanan di pasar berkenaan, sebaliknya virus itu dibawa ke pasar berkenaan.

“Kita tidak mempunyai bukti berkenaan penyakit ini bermula di situ, namun ketidakjujuran China sejak mula perlu dipersoalkan,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *