20 Keluarga Mangsa Kebakaran Di Semporna Terima Bantuan

SEMPORNA: Kerajaan negeri menyalurkan bantuan kilat kepada 20 keluarga mangsa kebakaran di Kampung Inabah Kamal, di sini hari ini.

Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah, Hasbullah Raudah berkata, selain wang tunai, pihaknya turut menyerahkan bantuan dalam bentuk barangan keperluan dapur.

“Saya berharap sumbangan ini dapat meringankan sedikit beban mangsa yang hilang kediaman.

Kebakaran di Kampung Inabah Kamal, Semporna. – Ihsan pembaca

“Dalam hal ini, kerajaan tidak pernah mengabaikan rakyat yang ditimpa musibah sekali gus berusaha membantu mereka,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Daerah Semporna merangkap Pengerusi Bencana Alam Daerah, Benedict Asmat berkata, seramai 120 mangsa daripada 20 keluarga ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara Dewan Masyarakat Semporna selepas 15 kediaman mereka musnah sepenuhnya dalam kebakaran malam Sabtu.

“Daripada jumlah itu, 39 orang lelaki, 36 wanita, 40 kanak-kanak dan lima orang bayi.

“Selain itu, empat buah rumah lain turut mengalami kerosakan akibat terbakar,” katanya.

Borneo Today sebelum ini melaporkan lebih 100 orang kehilangan tempat tinggal selepas kediaman mereka terbakar dalam kejadian jam 7.45 malam Sabtu.

Sumber: BorneoToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *