Fenomena ‘Snow Moon” Dapat Disaksikan Bermula Malam Ini, Kejadian Pertama Tahun 2020

Hari ini sekali lagi bakal berlaku kejadian bulan penuh dan dikatakan kejadian pertama bagi tahun 2020.

Menurut NASA, ‘Bulan penuh kali ini juga dikenali sebagai bulan salji oleh masyarakat Amerika Syarikat kerana berlaku pada cuaca sejuk dan waktu kemuncaknya pada 2.33 pagi.

Snow Moon yang berlaku semasa bulan purnama ini akan menjadi paling dekat dalam orbitnya ke Bumi.

Ia akan muncul selama tiga hari sekitar dengan waktunya dari Jumaat petang hinggalah Isnin pagi.

Bulan ini mempunyai nama yang berbeza mengikut musim yang berkaitan dengan masa itu. Ini kerana berabad lalu, bulan lunar dikaitkan dengan perubahan musim berbanding tahun solar.

Menurut NASA, bulan ini mempunyai pelbagai nama antaranya Bulan Ribut, Bulan Kelaparan, Magha Purnama, Mahga Puja, Festival Bulan pagoda Mahamini dan Moon Festival Latern China.

Bulan penuh seterusnya bakal berlaku pada 9 March ini dan berkemungkinan akan berlaku pada April dan Mei ini.

**Sejak artikel ini ditulis, tiada kenyataan rasmi dari Agensi berkaitan di Malaysia tentang fenomena ini.

Sumber: NASA / SiakapKeli

27333