UMNO Pecat Lokman Noor Adam

Lokman Noor Adam

KUALA LUMPUR – Datuk Lokman Noor Adam memaklumkan dirinya telah dipecat daripada jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sebentar tadi.

Menurutnya, beliau tetap bersama UMNO dan meneruskan perjuangannya bagi menentang Pakatan Harapan (PH) dan talibarut dalam UMNO.

“Saya dimaklumkan bahawa saya telah dipecat daripada menjadi ahli UMNO. Saya reda dengan tindakan (Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad) Zahid (Hamidi) ini, namun saya tetap setia kepada UMNO,” katanya dalam satu kenyataan.

Sinar Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *