Koronavirus: Kematian Pertama Di Filipina & Luar China

ORANG ramai membeli topeng muka dan hidung di Manila. – Foto REUTERS

MANILA: Filipina mengumumkan kematian pertama kes coronavirus di negara itu, membabitkan seorang lelaki berasal dari Wuhan, China.

Jabatan Kesihatan berkata, terdapat dua kes positif jangkitan itu di Filipina setakat ini, termasuk lelaki China berusia 44 tahun yang meninggal dunia semalam.

Menurut jabatan berkenaan, lelaki itu mengalami pneumonia selepas dirawat di hospital. – REUTERS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *