Kereta, Lot Kedai Musnah Dalam Dua Kebakaran Berasingan Di Beaufort

Anggota melaksanakan operasi pemadaman ke atas sebuah kenderaan di bahagian enjin dalam kejadian di hadapan sebuah stesen minyak di Beaufort. -Gambar SNT/ Ihsan Bomba

BEAUFORT: Sebuah kenderaan terbakar dalam kejadian di hadapan sebuah stesen minyak pada pukul 1 petang kelmarin.

Pegawai Bomba Kanan Dua Balai Bomba dan Penyelamat Beaufort, Willy Gilbert berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.42 petang sebelum bergegas ke lokasi kebakaran bagi operasi kebombaan.

Anggota bomba melaksanakan operasi pemadaman kebakaran sebuah lot kedai terletak di luar Survey Hypermarket Beaufort. – Gambar SNT/ Ihsan Bomba

“Kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis Proton Saga BLM yang terbakar seratus peratus dibahagian enjin.Bagaimanapun, kebakaran berjaya dipadam oleh orang awam menggunakan alat pemadam api sebelum ketibaan jentera bomba. 

“Tetapi kita tetap melakukan pemeriksaan bagi memastikan tiada lagi punca api yang boleh mencetuskan kebakaran lain di lokasi,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan sebuah lot kedai di luar bangunan Servay Hypermarket, dekat sini, musnah dijilat api dalam kebakaran sekitar pukul 12.30 tengah hari.

Willy berkata tiada kecederaan dilaporkan dan lot kedai berkenaan sudah terbakar seratus peratus apabila dia bersama tujuh anggota lain tiba di lokasi kebakaran.

“Kebakaran sudah dipadam oleh orang awam menggunakan alat pemadam api sebelum ketibaan jentera bomba. Kita melaku pemeriksaan di kawasan terjejas untuk mengelakkan sebarang kemungkinan berbahaya.

“Nilai kerugian keseluruhan dan punca sebenarnya kebakaran masih dalam siasatan,” katanya sambil menambah operasi terkawal pada 1.21 petang dan tamat pada 1.34 petang. – SabahNewsToday

802