Coronavirus: Angka Kematian Meningkat Kepada 106 Orang

Pegawai perubatan membawa pesakit ke Wuhan Red Cross Hospital di Wuhan. – Foto AFP

WUHAN: Jumlah kematian akibat coronavirus meningkat kepada 106 orang, manakala 1,300 kes baharu disahkan, kata pihak berkuasa.

Suruhanjaya Kesihatan di Wilayah Hubei, pusat epidemik, berkata 24 lagi kematian akibat virus berkenaan dan 1,291 orang dijangkiti, peningkatan kepada lebih 4,000 kes yang disahkan di seluruh negara.

AFP / Berita Harian