Tidak Rasmi: BN Menang PRK Kimanis

Calon Barisan Nasional, Datuk Mohamad Alamin mendahului selepas 67 daripada 70 peti undi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis dibuka dan dikira setakat jam 7.20 malam ini. – NSTP/Edmund Samunting

BEAUFORT: Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohamad Alamin, terus mendahului selepas 67 daripada 70 peti undi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis dibuka dan dikira setakat jam 7.20 malam ini.

BN memperoleh 11,992 undi manakala calon Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Karim Bujang, mendapat 10,200 undi.

Proses pengiraan undi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis, bermula sejurus tempoh mengundi berakhir pada jam 5 petang tadi.

Hanya tiga lagi peti undi belum dikira setakat ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *