Suasana Luar Dewan Penjumlahan Undi Gamat

Para penyokong BN gamat di luar Pusat Penjumlahan Undi Rasmi. Gambar SNT/Junaidi Ladjana

BEAUFORT: Suasana di luar Dewan Datuk Seri Panglima Mohd Dun Banir yang menjadi pusat penjumlahan undi dipenuhi penyokong Barisan Nasional (BN).

Dianggarkan kira-kira 500 penyokong BN mula berkumpul sejak jam 6 petang tadi.

Suasana gamat bermula sejak jam 8 malam dan keadaan tetap terkawal dengan kehadiran anggota polis di luar dewan berkenaan.

Calon BN, Datuk Mohamad Alamin secara tidak rasmi memenangi kerusi Parlimen Kimanis selepas memperoleh majoriti lebih 2,000 undi pada PRK parlimen itu, jam 8 malam tadi.

PRK Parlimen Kimanis diadakan selepas Mahkamah Persekutuan pada 2 Disember 2019 mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu yang membatalkan kemenangan bekas Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman bagi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu.

Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu pada 16 Ogos 2019 memutuskan bahawa kemenangan Anifah di kerusi itu sebagai tidak sah dan terbatal selepas mendapati ada kertas undi tambahan yang boleh menjejaskan keputusan pilihan raya. – SabahNewsToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *