Calon BN Puas Hati Dengan Pengurusan SPR Di Pusat Mengundi

CALON Barisan Nasional, Datuk Mohamad Alamin mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Our Lady of Fatima, Kelatuan, Kimanis. – Foto Edmund Samunting

KIMANIS: Calon Barisan Nasional, Datuk Mohamad Alamin yang selesai mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Our Lady of Fatima, Kelatuan, di sini, berpuas hati dengan perjalanan pengundian dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Mohamad yang berbaju biru tiba pada jam 9.09 pagi sebelum mengundi di saluran dua

“Saya juga akan melawat ke beberapa pusat pengundian lain pada tengah hari dan petang ini,” katanya kepada pemberita.

BH mendapati, pengundi warga tua antara pengundi yang terawal tiba di pusat pengundian bagi menunaikan tanggungjawab mereka.

Seorang warga tua yang juga pengundi pertama di pusat mengundi di SK Our Lady of Fatima, Juanis Puduk, 72, berkata dia datang awal kerana lazimnya ramai yang mengundi pada pilihan raya kecil.

“Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu, saya datang jam 10 pagi dan ketika itu pengundi ramai.

“Belajar daripada PRU-14, saya dan isteri mengambil keputusan untuk datang awal iaitu sebelum jam 7 pagi,” katanya yang berasal dari Kampung Langkawit, kira-kita dua kilometer (km) dari tempat pengundian.ADVERTISING

Turut mengundi awal ialah tiga beradik kembar iaitu Zakaria Muhamud, 34 dan dua lagi kembarnya iaitu Zaidi dan Zaki, yang berasal dari Kampung Kelatuan.

Zakaria berkata, sebagai orang muda harapan mereka agar siapa juga yang menang akan membawa banyak peluang pekerjaan dan pembangunan di Kimanis.

Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *