Tolak WARISAN Pada PRU15 Jika PSS Satu Kesilapan

KIMANIS: Rakyat Sabah boleh menolak kembali Parti Warisan Sabah (Warisan) dalam pilihan raya umum akan datang jika tidak berpuas hati dengan pelaksanaan Pas Sementara Sabah (PSS).

Naib Presiden Warisan, Datuk Junz Wong berkata, buat masa ini, terlalu awal untuk rakyat membuat kesimpulan tentang PSS yang akan menggantikan IMM13, Kad Burung-Burung dan Sijil Banci.

“Tidak perlu membuat penilaian terburu-buru kerana masih ada beberapa perkara perlu diputuskan sebelum pelaksanaan pada Jun.

“Dalam tempoh dua setengah tahun, jika tidak dilaksanakan dengan baik atau ada Mykad dikeluarkan, rakyat jangan undi kami,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita dalam Sambutan Tahun Baharu Cina di Jalan Ulu Kimanis malam tadi.

Turut hadir, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd. Azis Jamman.

Junz menegaskan, kerajaan sudah tentu tidak mahu dikalahkan disebabkan oleh PSS.

Jelas beliau, jika ada niat tersembunyi tentang PSS, kerajaan pasti tidak akan melaksanakannya.

Dalam majlis itu, Mohd. Azis turut mempertahankan PSS yang akan digunakan untuk memantau pergerakan setiap imigran di Sabah.

“Tetapi mereka boleh pergi ke tempat-tempat tertentu asalkan diberi kebenaran oleh Jabatan Imigresen.

“Tentang ‘perkongsian’ imigran dengan negeri lain, Semenanjung juga sedang berdepan isu pelarian Rohingya dan Bangladesh,” katanya.

Tambah Mohd. Azis, beliau sebelum ini telah menolak cadangan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail tentang penghantaran pelarian Rohingya ke Sabah.

BorneoToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *