Madius Tangau Takut Hilang Jawatan – Bung Mokhtar

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berucap pada Himpunan Muafakat Rakyat Sabah sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) P.176 Kimanis di Pusat Komersil Kimanis, Kimanis, Sabah.

KIMANIS – Timbalan Ketua Menteri Sabah, Wilfred Madius Tangau ketika bersama Barisan Naisonal (BN) begitu lantang menyerang kepimpinan parti komponen khususnya UMNO dalam Parlimen.

Menurut Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin, bagaimanapun Tangau dilihat kini lebih berdiam diri dan tutup mulut apabila bersama Parti Warisan Sabah (Warisan).

“Tangau banyak berdiam diri dalam Warisan takut hilang jawatan.

“Dulu UPCO parti perjuangkan KDM (Kadazan Dusun Murut) tapi sekarang ubah kepada parti pelbagai kaum,” katanya pada Himpunan Muafakat Rakyat Sabah di Pusat Komersial Kimanis, di sini, malam ini.

Dalam pada itu, Bung mendakwa pemimpin Warisan kini ketandusan isu khususnya untuk meraih undi ketika berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis.

“Warisan tiada isu, asyik salahkan BN saja dakwa gagal majukan Sabah dan galak beli undi.

“Mereka menceroboh markas BN, ugut penjawat awam siapa yang menentang Kerajaan Negeri Sabah.

“Kerja Peter Anthony ke hulu ke hilir untuk beli PDM BN,” katanya.

Sementara itu, Bung mengingatkan rakyat Sabah agar tidak silap membuat pilihan pada 18 Januari ini kerana banyak janji gagal ditunaikan.

“Kalau kerajaan ini (Warisan) diteruskan, alamat tenggelam kita.

“PSS (Pas Sementara Saba) adalah malapetaka untuk kita, ia memudaratkan kita.

“Bagaimana PSS mahu diberi kepada pendatang tanpa izin jika mereka diberi hak sekolah, bank, dan kesihatan. Sedangkan sekolah dan hospital masih tidak dibesarkan saiznya,” katanya lagi.

MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *