Mansuh Perintah Berkurung – KPN

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador.

Lahad Datu: keselamatan menyarankan perintah berkurung di Zon Selamat Pantai Timur Sabah (ESSZONE) dimansuhkan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, hasil kajian pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) mendapati ramai pihak merungut susulan penguatkuasaan peraturan terbabit.

Beliau berkata, dalam masa sama pihak keselamatan menghadapi kesukaran menguatkuasakan perintah berkurung.

“Oleh itu, adalah disarankan perintah berkurung ini ditarik balik, tetapi dikekalkan di empat lokasi panas antaranya di perairan Alice Reef, Pegasus Reef dan Pulau Ligitan,” katanya dalam sidang media di Pejabat Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) di Lahad Datu, hari ini.

Hadir sama, Komander Esscom,Datuk Hazani Ghazali dan Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Nasri Mansor.

Mengulas lanjut, beliau berkata, empat lokasi itu akan dikekalkan perintah berkurung dan akan dijaga oleh pihak Esscom sendiri.

Terdahulu, perintah berkurung dikuatkuasakan bermula 2013 di 10 daerah susulan peristiwa di Tanduo.

Daerah terbabit iaitu Lahad Datu, Sandakan, Kudat, Pitas, Beluran, Kota Marudu, Semporna, Tawau, Kunak dan Beluran.

1885