Jumpa Tubuh Isteri Sudah Dikerat Dalam Peti Ais

Polis melakukan pemeriksaan menemui mayat yang sudah dikerat kepada beberapa bahagian.

JAKARTA: Luluh hati seorang suami apabila menemui tubuh isterinya dikerat sebelum disorok di dalam peti ais dan kotak ais di rumah pasangan itu di Sumbawa, pada Jumaat.

Tubuh Siti Aminah, 44, ditemui suaminya yang pulang ke rumah selepas menerima maklumat daripada jiran yang curiga dengan bau busuk datang dari rumah pasanganya berkenaan.

Kompas.com melaporkan, suami mangsa yang dikenali sebagai Muslim yang bertugas di daerah Kalas terpaksa memecahkan pintu rumah selepas panggilannya tidak disahut mangsa.

Lelaki terbabit kemudian segera mencari punca bau busuk di rumah berkenaan dan terkejut apabila menemui mayat isterinya yang sudah dikerat kepada beberapa bahagian.

Polis kini sedang giat mencari saksi bagi mengumpul maklumat lanjut untuk mengesan suspek yang terbabit. – Agensi

22475