PRK KIMANIS: Satu Lawan Satu

#PRKKimanis: Pertandingan satu lawan satu antara calon Warisan, Datuk Karim Bujang (kanan) menentang calon BN, Datuk Mohamad. – Foto BERNAMA

BEAUFORT: Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis pada 18 Januari ini akan menyaksikan pertembungan satu lawan satu.

Pengumuman rasmi calon bertanding dibuat Pengurus Pilihan Raya Parlimen Kimanis, Jupery Etok, pada jam 10.25 pagi selepas tempoh penamaan calon di pusat penamaan di Dewan Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun Banir, Beaufort, di sini.

Dua calon terbabit ialah calon calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohamad Alamin, 48, dan Datuk Karim Bujang dari Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Karim Bujang, 66.

3005