(VIDEO) 5 Penumpang Cedera, Bas Rempuh Tiang Elektrik

Lima penumpang cedera selepas bas mini dinaiki melanggar tiang elektrik dalam kejadian di Jalan Batu Putih, Batu 7, di sini, pagi semalam. – Foto ihsan pembaca

SANDAKAN: Lima penumpang cedera selepas bas mini dinaiki melanggar tiang elektrik dalam kejadian di Jalan Batu Putih, Batu 7, di sini, pagi semalam.

Penumpang yang cedera dikenali sebagai Hayati Junede, 58; Amelia Jaapal, 74; Abdul Rifin Hasan, 35; Aldang Mad, 40, dan Noel Parrenas Parreno, 53, manakala pemandu bas yang berusia 32 tahun tidak mengalami kecederaan.

Dalam kejadian jam 11.40 pagi itu, kesemua mangsa menaiki bas mini henti-henti itu dari bandar Sandakan menuju ke Kampung Batu Putih.

Bagaimanapun, ketika melepasi jalan berselekoh, bas dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan dan melanggar tiang elektrik.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin, berkata susulan kemalangan itu, bas berkenaan mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan.

“Semua mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Duchess of Kent, di sini untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini.

Mohd Azhar turut meminta saksi kejadian agar tampil ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan yang dibuat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *