‘Akhirnya Bertemu Jodoh’ – Nenek Berusia 56 Tahun Akhir Zaman Bujang Dengan Sirajudin

Tular gambar-gambar pernikahan seorang wanita warga emas yang berasal dari Kendari, Sulawesi Tenggara, Indonesia yang mendapat pelbagai reaksi netizen. 

Hj Hawang, 56, yang sudah berpuluh tahun hidup tanpa pasangan dilaporkan bertemu dengan seorang lelaki yang menjadi pujaan hatinya, yang bernama Sirajudin. 

Mereka kemudian mengambil keputusan untuk menghalalkan perhubungan mereka dengan menikah.

Walaupun sudah tua, penampilan Hj Hawang menjadi pengantin tetap mendapat banyak pujian. MUA yang menghias wajah Hj Hawang berjaya menjadikan nenek itu tampil cantik di hari pernikahannya. 

Detik-detik bahagia itu dirakam oleh lensa jurufoto bernama Firman yang juga berkongsi gambar-gambar itu di Facebooknya dengan kapsyen:

“Jangan bersedih kalau masih belum bertemu dengan jodohmu. Kerana sesungguhnya Tuhan sedang mempersiapkan jodoh yang terbaik untukmu,” tulisnya. 

Dalam setiap gambar itu menampakkan pasangan itu sungguh bahagia dan banyak menerima komen-komen dari netizen. 

Sumber: Tribun Style

3696