UMNO Umum Bertanding PRK Kimanis

PETALING JAYA: Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengumumkan partinya akan meletakkan calon pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kimanis, selepas Mahkamah Persekutuan membatalkan kemenangan bekas menteri Anifah Aman pada pilihan raya umum ke-14 lalu.

“Kita akan mengisi calon kita untuk pilihan raya kecil Parlimen Kimanis. Kerusi itu merupakan milik kita, milik Umno,” katanya kepada pemberita di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Ditanya adakah Umno sudah menetapkan calon tertentu, Zahid menjawab “kenapa saya harus umumkan sekarang?”.

Pada PRU14, Anifah memenangi Parlimen Kimanis dengan majoriti tipis 156 undi. Beliau memperolehi 11,942 undi dalam pertandingan tiga penjuru menentang Karim yang mendapat 11,786 undi manakala calon Parti Harapan Rakyat Sabah, Jaafar Ismail yang menerima 1,300 undi.

Pada PRU-14, Umno meletakkan Anifah sebagai calon di Kimanis dan memperoleh 11,942 undi, lebih 156 undi daripada calon Warisan, Karim Bujang.

Anifah kemudian meninggalkan parti untuk menjadi bebas.

Karim mencabar keputusan pilihan raya, yang kemudiannya membawa kepada keputusan Mahkamah Persekutuan baru-baru ini iaitu kemenangan Anifah batal dan tak sah. – FMT

272