Rezeki yang tidak disangka-sangka apabila kebaikannya dibalas dengan ganjaran yang luar biasa.
Hanya kerana membantu individu yang tidak dikenali, lelaki yang berasal dari Korea Selatan ini menerima ‘durian runtuh’ dan sekali gus menjadikan dia jutawan.
Pada hari kejadian, lelaki Korea ini sedang berjalan seperti biasa ke destinasinya sebelum didatang seorang lelaki warga asing.
Kebanyakan orang memilih untuk menjauhkan diri apabila didekati orang yang tidak dikenali, tetapi tidak bagi insan ini yang kemudian bertanya apakah pelancong dari Dubai itu perlukan bantuannya?
Menurut lelaki Dubai itu, dia kehilangan dompetnya dan bertanya jika dia dapat meminjam wang sebanyak 300,000 won (RM1,000+) dari lelaki Korea itu.
Tanpa berfikir panjang, lelaki Korea itu memutuskan untuk membantunya dan kedua-dua mereka bertukar nombor telefon sebelum membawa diri ke haluan masing-masing.
Seminggu kemudian, lelaki Korea itu menerima mesej dari pelancong berkenaan yang meminta nombor akaun banknya.
Tanpa banyak soal, dia terus memberikan nombor akaun bank.
Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati pelancong berkenaan telah memindahkan wang sebanyak 800 juta won (RM2.8 juta) ke akaun banknya kerana menghargai bantuannya tempoh hari.
Teruja dengan rezeki yang tidak disangka itu, dia kemudian berkongsi kisah itu di media sosial menyebabkan ramai yang bertanya di mana mereka boleh bertemu dengan pelancong Dubai lain yang bermurah hati seperti itu.
Sumber: Sin Chew Daily, World of Buzz