Shafie Nafi Dakwaan Peter Tubuh Parti Baharu

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie Apdal menafikan dakwaan Naib Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Peter Anthony ingin menubuhkan sebuah parti baharu untuk menentang parti berkenaan.

Presiden Warisan ini berkata, tidak timbul isu Peter ingin menubuhkan parti baharu untuk bersaing dengan Warisan.

“Oleh itu, saya meminta orang ramai agar tidak mempercayai laporan  tidak benar yang mendakwa kononnya Naib Presiden, Peter menubuhkan parti baharu untuk menentangnya.

“Jangan percaya laporan yang diputar belit (spinning) yang mengatakan Datuk Peter Anthony mahu buat parti untuk lawan saya,” katanya ketika berucap dalam Majlis Makan Malam meraikan pasukan bolasepak Sabah yang menjuarai Liga Perdana 2019.

BorneoToday

2175