(VIDEO) Bukan Di Putatan Lah…

Screenshot dari video tular menunjukkan ahli keluarga sedang berlawan dengan penceroboh di rumah mereka. Kejadian disahkan berlaku di Kulai, Johor. 

BUKAN DI PUTATAN, KEJADIAN BERLAKU DI KULAI, JOHOR

PENAMPANG: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang menafikan video yang memaparkan kejadian pecah rumah di Taman Ceriamas, Putatan, yang tular di media sosial sejak semalam

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata sehingga hari ini, tiada laporan polis yang diterima berkaitan dengan kes pecah rumah dalam video berkenaan.

“Hasil semakan pihak IPD Penampang, video tular di media sosial itu berlaku di daerah Kulai, Johor.

“Laporan polis telah diterima berkaitan kejadian pada 20 November lalu di Balai Polis Kelapa Sawit, IPD Kulai.

“Siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan kerana cubaan samun,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Justeru, Mohd Haris meminta semua pihak berhenti membuat spekulasi dan tidak menyebarkan sebarang maklumat yang tidak benar.

“Ini bagi mengelakkan kekeliruan kepada orang ramai,” katanya.

https://www.facebook.com/sabahpool15/videos/587535271790871/

SabahNewsToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *