Silam Fishing Village Resort, Destinasi Pelancongan Baharu Yang Wajib Anda Lawati

Silam Fishing Village Resort – Destinasi pelancongan anda yang terbaik untuk mendekati ikan yu paus, mengeksplorasi lubang biru, memancing ikan kerapu naga dan banyak lagi!!

Silam Fishing Village Resort berlokasi kira-kira 16km dari bandar Lahad Datu, sekitarnya dikelilingi lautan biru dengan landskap yang mempesonakan! Udara nyaman jelas terasa dan bebas daripada pencemaran! Maka sinilah tempat rekreasi hujung minggu yang paling ideal bagi keluarga atau kawan anda!!

Dengan bayaran RM50 sahaja, anda boleh melakukan aktiviti seperti berenang, memancing ikan kerapu naga kemudian menikmati menu seperti stimbot pedas/ teppanyaki ala korea dan menu panggangan!! Selain itu, hasil penangkapan ikan kerapu naga juga boleh diserahkan kepada chef untuk menghidangkan anda lauk yang enak, namun perkhidmatan ini perlukan bayaran tambahkan.

Anda teringin bermalam atas laut untuk semalam?! Pilihlah pakej pelancongan 2 hari 1 malam!! Bayangkan betapa nikmatnya perhatikan kerdipan bintang atas langit menjelang waktu malam!! Pakej termasuk sarapan, makanan tengah hari dan malam seperti : stimbot/tepanyakki ala korea/ menu panggangan, bilik berhawa dingin dan memancing, harga setiap orang hanyalah RM250!!

Belum puas berseronok!? Anda boleh menyelam atau bersnorkel untuk melihat bangkai kapal Jepun yang tenggelam 30 tahun lalu atau jelajahi lubang biru yang terkenal di mata dunia!! Jika bernasib baik, anda boleh menemui ikan yu paus malah berpeluang berinteraksi denganya!! Tunggu apa lagi?! Ayuhlah rancang pelan percutian anda sekarang!!

【Silam Fishing Village Resort】
No. telefon: 016-5826252 Vincent / 017-8666252 Jackson
Email: [email protected]
Fb: Silam Fishing Village Resort
Lokasi: https://maps.app.goo.gl/QEPUg5avz3aDgnJh7

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *