Penduduk Cemas, Lima Lelaki Berzikir Di Tepi Kubur Pada Tengah Malam Di Sandakan

Video yang tular memaparkan seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan berzikir di tanah perkuburan.

SANDAKAN: Satu video memaparkan lima lelaki berzikir dalam keadaan mencurigakan di sebuah tanah perkuburan di Kampung Lupak Meluas tular di media sosial sejak Rabu lalu.

Difahamkan, kejadian itu disedari penduduk setempat yang mengesyaki kegiatan berkenaan berlaku pada tengah malam Ahad lalu sebelum merakam video terbabit.

Menerusi rakaman berdurasi singkat itu, kelima-lima lelaki berkenaan dilihat duduk di tepi beberapa kubur sambil berzikir.

Bagaimanapun, penduduk mendakwa tidak dapat memastikan dengan jelas lafaz atau bacaan yang disebut individu terbabit.

Tindakan itu menimbulkan pelbagai spekulasi dan kebimbangan dalam kalangan orang ramai, terutama apabila video berkenaan tersebar luas di media sosial.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Datuk Jumain Abdul Ghani, berkata pihaknya sudah mengambil maklum mengenai kejadian terbabit.

Katanya, pegawai JHEAINS sudah memanggil serta menjalankan siasatan terhadap pihak yang dipercayai terbabit dalam aktiviti berkenaan.

“Laporan penuh siasatan masih belum saya peroleh dan pegawai saya sudah memanggil dan mengambil tindakan ke atas pihak terbabit,” katanya ketika dihubungi semalam.

“Hasil siasatan akan dimaklumkan kepada orang ramai selepas laporan lengkap diterima daripada pegawai di lapangan,” katanya.

Ikuti kami di Channel WhatsApp  dan Telegram kami Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *