Jose Mourinho Pengurus Baharu Tottenham

Tottenham Hotspur menamakan Jose Mourinho (kiri) sebagai pengurus baharu ganti Mouricio Pochettino (kanan).

LONDON: Tottenham Hotspur menamakan Jose Mourinho sebagai pengurus baharu mereka dengan kontrak berakhir musim 2022-23, kata kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu, sebentar tadi.

Pengurus dari Portugal dan berumur 56 tahun itu kembali ke barisan pengurusan buat kali pertama selepas dipecat Manchester United pada Disember lalu dan mengisi kekosongan Mouricio Pochettino, yang dipecat semalam.

“Kami memperoleh Jose yang juga adalah salah seorang pengurus paling berjaya dalam bola sepak,” kata Pengerusi Spurs, Daniel Levvy dalam satu kenyataan di laman web rasmi Tottenham Hotspur.

“Dia mempunyai pengalaman luas, boleh memberi inspirasi kepada pasukan dan mempunyai taktikal yang bagus. Dia memenangi pelbagai kejayaan di kelab yang dia kendalikan. Kami yakin dia akan membawa tenaga dan keyakinan di bilik persalinan.

Spurs, yang kini berada di kedudukan 14 liga, adalah kelab ketiga EPL yang dikendalikan Mourinho.

“Saya teruja menyertai kelab yang mempunyai sejarah hebat dan juga penyokong yang bersemangat,” kata Mourinho.

“Kualiti dalam kedua-dua skuad dan juga akademi membuat saya teruja. Bekerja dengan pemain di sini juga menarik saya.” – Reuters

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *