(VIDEO) Remaja Maut Direnjat Ketika Cas Telefon

BANGKOK: Seorang remaja mati akibat terkena renjatan elektrik ketika mengecas telefon bimbit menggunakan kabel pengecas yang usang di rumahnya di Chaiyaphum, Thailand pada Jumaat lalu.

Daily Mail melaporkan, kejadian berlaku ketika mangsa, Nong Ying, 17, bermain dengan telefon bimbitnya ketika mengecas menggunakan kabel lama yang dibalut dengan pita pelekat.

Kabel terbabit dikatakan menyentuh besi katilnya menyebabkan dia maut serta merta sebelum mayat ditemui oleh ibunya, Boonpeng Tuponchai, 47.

Boonpeng berkata, dia menyangkakan anaknya itu sedang tidur dan cuba mengejutkannya sebelum menyedari mangsa terkena kejutan elektrik.

Dia terus memadam suis namun sudah terlambat apabila anaknya sudah meninggal dunia.

Menurut jurucakap polis, Khanti Peansoongnern, mangsa mungkin secara tidak sengaja tersentuh besi katilnya yang menyebabkan dia terkena kejutan elektrik.

“Bagaimanapun, kita perlu mengumpul bukti dan melakukan bedah siasat sebelum mengesahkan punca sebenar kematiannya,” katanya. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *