INDONESIA: Seorang lelaki yang dikenali sebagai Ridwan Solihin dari Jawa Barat, Indonesia didakwa membunuh pelacur hanya kerana menyakiti hatinya dalam kejadian awal Oktober ini.
Menurut polis, mangsa berusia 28 tahun yang dikenali sebagai OS itu mendaftar masuk di sebuah hotel di Karawang, sehari sebelum kejadian dan telah melayan dua pelanggan sebelum bertemu dengan Ridwan pada sebelah petang.
Polis berkata, Ridwan telah menggunakan ‘ubat kuat’ dalam bentuk cecair yang disapukan pada kemaluannya untuk bertahan lama.
Bagaimanapun, oleh kerana hubungan intim itu mengambil masa yang terlalu lama membuatkan mangsa protes dan melemparkan kata-kata yang menyakiti hati suspek.
Suspek geram lalu mencekik mangsa sehingga mati sebelum menyamun beberapa barangannya dan meninggal mayat mangsa di bilik hotel tersebut.
Enam hari kemudian, suspek ditahan polis dan didakwa atas tuduhan membunuh. Suspek berdepan dengan hukuman penjara seumur hidup jika didapati bersalah.
Sumber: Coconut Jakarta