Kapal Kargo Ditenggelamkan Taufan Hagibis

Padangan dari udara kawasan yang terjejas akibat Taufan Hagibis di Fukushima, Jepun. Gambar AFP Reuters


TOKYO: Sebuah kapal kargo Panama ditemui tenggelam dalam laut berhampiran Tokyo hari ini selepas Taufan Hagibis membadai Jepun semalam.

Akhbar Yomiuri melaporkan sekurang-kurangnya lima daripada 12 anak kapal terbunuh dan empat berjaya diselamatkan.

Menurut akhbar itu, anak kapal berkenaan adalah warga negara Myanmar, China dan Vietnam.

Kementerian Pengangkutan Jepun dalam satu kenyataan berkata, kapal kargo itu berlabuh di luar persisiran pantai bandar Kawasaki di selatan Tokyo.

Bagaimanapun, pihak berkuasa berputus hubungan dengan kapal itu semalam. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *