Ibu & Anak Syaitan

Mayat kanak-kank malang itu ditemui di sungai.

JAKARTA: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun mati dibunuh selepas dirogol dua abang angkatnya yang masih remaja, malah lebih menjijikkan apabila suspek turut mengadakan seks sumbang mahram bersama ibu kandung mereka di sebelah mayatnya.

Kompas.com memetik Ketua Polis Sukabumi, AKBP Nasriadi berkata, mangsa dikenali sebagai NP dijadikan anak angkat oleh keluarga berkenaan yang tinggal di Kecamatan Lembursitu, Kota Sukabumi.

Mayat kanak-kank malang itu ditemui di sungai.

Nasriadi berkata, kejadian rogol dan bunuh pada pagi Ahad lalu dimulakan abang angkat mangsa dikenali sebagai P, 14, yang masih bersekolah.

Abangnya berusia 16 tahun dikenali sebagai RG kemudian melihat mangsa terbaring dan turut merogolnya.

Menurut detik.com, dua beradik itu merogol mangsa sejak tiga bulan lalu dengan perbuatan mereka memang diketahui ibu yang hanya dikenali sebagai Yuyu, 39.

Ibu dan dua anak lelakinya ditahan untuk siasatan.

IBU dan dua anak lelakinya ditahan untuk siasatan. – detik

Susulan itu, pada hari kejadian, Yuyu yang marah dan cemburu mencekik mangsa sehingga mati dengan dibantu anak lelaki sulungnya itu, sebelum kedua-duanya melakukan seks.

Ibu dan dua anak lelakinya ditahan untuk siasatan.

“Mangsa kemudiannya dicampak ke dalam Sungai Cimandiri yang terletak satu kilometer dari rumah keluarga itu sebelum mayat mangsa ditemui pemancing ikan tengah hari pada hari yang sama,” kata Nasriadi dipetik Tribunnews.

Nasriadi berkata, mangsa sebelum ini kerap dirogol suspek kerana terpengaruh dengan video lucah yang sering ditonton bersama ibu mereka.

Ibu dan dua anak lelakinya ditahan untuk siasatan.

Pada masa sama, ibu dan anaknya melakukan hubungan terkutuk ketika bapa mereka tiada di rumah. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *