16 Individu Disyaki Daesh Ditahan

KUALAU LUMPUR: Diraja Malaysia (PDRM) menahan 16 individu kerana disyaki terbabit dengan pengganas Daesh.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, semua suspek terdiri daripada 12 warga Indonesia, tiga warga tempatan dan seorang warga India.

Menurutnya, suspek ditahan di sekitar Sabah, Pahang, Johor, Pulau Pinang, Selangor dan Kuala Lumpur.

“Semua suspek ditahan dalam operasi khas antara 10 Ogos sehingga semalam,” katanya pada sidang media khas Ketua Polis Negara di Bukit Aman.

BERNAMA