Drummer Lagenda Yazit Search Meninggal Dunia

Yazit Ahmad, bekas pemain dram The Search, telah kembali ke Rahmatullah pagi ini selepas beberapa hari ditempatkan di wad ICU Hospital Kuala Lumpur

Allahyarham dimasukkan ke wad kecemasan HKL, awal pagi kelmarin selepas mengadu sesak nafas dan sebaik tiba di hospital, jantungnya terhenti dan diberi bantuan pernafasan (CPR).

Keadaan pemuzik yang sudah lebih tiga dekad dalam industri seni itu dikatakan bertambah kritikal sejak petang semalam.

Menurut adiknya, Zahid Ahmad, abangnya akan disemadikan di Tanah Perkuburan Taman Selasih Gombak ( Karak Highway) selepas Zohor.

Yazit berdepan penyakit buah pinggang lebih 10 tahun lalu, sebelum diserang beberapa masalah lain hingga kerap keluar masuk hospital, selain menjalani rawatan dialisis tiga kali seminggu.

Awal bulan ini, Yazit dimasukkan ke hospital selama dua hari disebabkan sesak nafas, tetapi dibenarkan pulang ke rumah sebaik rawatan.

Allahyarham meninggalkan isteri, Ramlah Ahmad, 59, dan tiga anak iaitu Razilah, 38, Shahmirnuri, 34, dan Shafiqa Nurli, 29.

Berita sedih ini dimaklumkan oleh keluarga Allahyarham.

Arwah menghembuskan nafas terakhir selepas alat pernafasan ditanggalkan. Keluarga beliau sempat menziarahi arwah sebelum beliau meninggal dunia.

The zaman kegemilangannya, beliau terkenal sebagai The Talented Drummer.

Semoga Allah merahmati arwah dan keluarganya.

Al-Faatihah.

Yazit (tengah)
Yazit (dua dari kiri)
Yazit (pertama dari kiri)