JAKARTA: Polis berkata, kebanyakan 30 mangsa korban akibat keganasan etnik di Papua semalam adalah pendatang dari wilayah lain di Indonesia.
Ketua Polis Negara, Tito Karnavian berkata, seramai 22 pendatang yang tinggal di bandar Wamena dan empat orang asli Papua antara yang terbunuh manakala 66 orang cedera.
Katanya, mangsa terdiri daripada pemandu teksi motosikal, pekerja kedai runcit dan pelayan restoran.
Difahamkan pendatang ini datang dari beberapa wilayah di Indonesia terutamanya Jawa, Sulawesi Selatan dan pulau Moluccas dengan mengambil manfaat daripada harga tanah murah, sumber yang banyak dan peluang ekonomi.
Sementara itu, Karnavian turut mengesahkan seorang tentera dan tiga orang awam terbunuh semasa rusuhan di Jayapura iaitu lokasi polis dan pelajar bertempur.
Pertumpahan darah semalam dianggap rusuhan terburuk di wilayah Papua sejak tunjuk perasaan Ogos lalu susulan isu diskriminasi kaum dan etnik. – Reuters