(VIDEO) ‘Semoga Peragut Itu Dicucuri Minyak Panas’

Seorang wanita diragut dua lelaki yang menaiki motosikal dalam kejadian awal pagi semalam di Taman Jaya Mas, Skudai, Johor. 

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 7.55 pagi itu, mangsa yang dipercayai sedang dalam perjalanan menghantar anaknya ke tadika didatangi dua suspek.

Suspek kemudian menahan mangsa dan terus cuba meragut rantai mangsa.

Mangsa cuba menghalang tetapi apakan daya kudrat seorang wanita. 

Suspek sedaya upaya merentap rantai itu sehingga menyebabkan mangsa terjatuh dan terus melarikan diri dari tempat kejadian. 

Orang ramai khususnya wanita dinasihatkan sentiasa berhati-hati apabila berada di luar.

Sekiranya ternampak ada individu yang mencurigakan, segeralah melarikan diri ke tempat yang selamat. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *