Dua Gempa Bumi Goncang Tuban Di Indonesia Rasa Sehingga Ke Bandung Dan Bali

TERKINI!! Media tempatan melaporkan gempa bumi yang melanda Tuban, Jawa Timur terkesan sehingga ke Denpasar, Bali dan Bandung.

Menurut laporan, gempa pertama berlaku pada pukul 2.06 petang tadi dengan magnitud 5.6 manakala gempa kedua dikesan terjadi pada pukul 2.31 petang dengan kekuatan yang lebih tinggi iaitu magnitud 6.0.

Ketua Bidang Data dan Informasi Balai Besar Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BBMKG) Wilayah III Iman Fatchurochman menjelaskan, kejadian tersebut yang  dipengaruhi oleh kedalaman pusat gempa.

Gempa tersebut dikesan terjejas sehingga 648 km sehingga menjejaskan kawasan Denpasar. Perkara ini berikutan semakin dalam pusat gempa maka semakin luas wilayah yang terkesan.

Iman juga menasihati agar penduduk setempat tidak panik dan terus berwaspada terhadap kejadian tersebut. Selain itu, penduduk juga perlu mengambil langkah berjaga-jaga dan mengetahui perkara yang perlu dilakukan sekiranya terlibat dalam gempa ini.

Gempa tersebut juga dirasakan di Madura, Malang, Denpasar, Mataram, Lombok Barat, Lombok Tengah, Sumbawa, Bima, Cilacap, Purworejo, Yogyakarta, Lumajang, Tuban, Trenggalek, Surayabaya sehingga Bandung.

Sumber: Kompas.com