8 Suspek Ditahan Belasah Seorang Lelaki Di Pusat Hiburan

Mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka dan menerima rawatan di Hospital Tawau. – Gambar Ihsan Media Sosial

TAWAU: Lapan lelaki tempatan ditahan polis kurang daripada 24 jam selepas membelasah seorang lelaki di sebuah pusat hiburan di Kubota Square Batu 3 di sini, awal pagi tadi. 

Dalam kejadian pukul 1.41 pagi itu mangsa berusia 22 tahun dan suspek berusia 19 hingga 40 tahun berhibur di kelab malam tersebut sebelum tercetusnya pergaduhan hingga mengakibatkan mangsa dibelasah beramai-ramai. 

Mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka dan menerima rawatan di Hospital Tawau. – Gambar Ihsan Media Sosial

Mangsa mengalami kecederaan dan dibawa ke Hospital Tawau untuk rawatan manakala semua suspek melarikan diri.

Susulan kejadian itu, pihak polis kemudian menjalankan serbuan dan menangkap kesemua suspek di sebuah rumah di Taman Megah Jaya di sini, pukul 6.37 pagi tadi. 

Gambar Ihsan Media Sosial

Polis turut merampas van jenis Toyota Hiace dan sembilan telefon bimbit milik suspek. 

Sementara itu Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan. 

“Motif suspek memukul mangsa biasalah disebabkan mabuk jadi pergaduhan berlaku. 

“Semua suspek mengaku membelasah mangsa dan ditahan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” katanya. – SabahNewsToday 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *