Wanita Dikejarkan Ke Hospital, Timun Tersangkut Dalam Kemaluan

Seorang wanita berusia 51 tahun di Bangkok, Thailand, dikejarkan ke hospital selepas mengadu terasa sakit di bahagian kemaluannya. 

Wanita itu memberitahu doktor, kemaluannya terasa sakit kerana dia terjatuh di rumahnya dan kebetulan ada timun di tempatnya terjatuh lalu tertusuk ke dalam kemaluannya. 

Kejadian itu turut dilaporkan di Thai TV di mana wartawan mendakwa kakitangan hospital tidak percaya dengan pengakuan wanita berkenaan.

Namun, mereka berjaya mengeluarkan timun itu. 

Tidak dinyatakan bila kejadian itu berlaku, nama hospital itu dan siapa identiti wanita terbabit.

Tetapi, beberapa portal media di Thailand mendakwa kejadian itu benar-benar berlaku. 

Sumber: The Thaiger