Rasanya setiap kaum mahupun etnik sudah pastinya mempunyai kepercayaan tersendiri yang mereka patuh dan ikuti terutamanya melibatkan pantang larang.
Bagi orang Iban, salah satu kepercayaan yang mereka amalkan ialah jangan dekati tasik ataupun sungai kalau korang memakan daging buaya. Haa nak tahu apa sebabnya? Ini apa yang diceritakan orang Borneo menerusi tweet di bawah.
“Ia seperti korang memakan saudara orang lain”
Daging buaya boleh dianggap sebagai makanan eksotik yang sukar didapati dan tak ramai yang menggemarinya kerana memakan haiwan buas bukanlah satu kebiasaan ramai.
Menerusi tweet seorang netizen yang teruja pertama kali melihat daging buaya, dia tertanya-tanya juadah apakah yang boleh dia masak dengan daging buaya tersebut.
Tapi tweet itu tiba-tiba jadi viral lepas seorang netizen lain retweet posting terbabit dan mendedahkan kepercayaan orang Iban bagi seseorang yang memakan daging buaya.
Menurutnya, bagi yang memakan daging buaya, eloklah jangan berkunjung ke sungai mahupun tasik kerana ikut kepercayaan Iban, korang sepertinya dah memakan saudara ‘orang lain’.
Saudara ‘orang lain’ maksudnya kat sini, korang mungkin dah makan abang ke, kakak ke atau sesiapalah family members ‘si buaya’ yang menghuni kawasan sungai atau tasik tersebut. Erk!
“Cikgu aku bagitahu, bujang senang buru mereka yang makan daging buaya selama 7 keturunan”
Malah kepercayaan yang diceritakan kat atas ni jugak macam urban legend lah bagi mereka yang tinggal di Sarawak.
Ada yang cerita, kalau buaya macam bujang senang tahu korang makan daging ‘saudara’ mereka… haaa abislah 7 keturunan korang kena buru tau!
Keluarga buat perjanjian dengan buaya, jerung dan penyu…?
Tak cukup dengan itu, ada pula di kalangan netizen mula menceritakan rupanya keluarga mereka pernah mengadakan perjanjian dengan haiwan seperti buaya atau jerung demi kebaikan ‘bersama’.
Kalau salah satunya melanggar perjanjian tersebut macam tiba-tiba pergi makan shark fin ke apa, adalah akibat yang mereka kena lalui. Fuh scary pulak min baca! Macam kisah dahulukala.
So macam mana, family atau keturunan korang pun ada ke kepercayaan mistik sebegini? Share dengan kami di ruang komen okay!
LobakMerah