Budak Perempuan Dirogol & Dicekik Sampai Mati Oleh Dua Beradik Sebelum Ibunya Membantu Menyembunyikan Mayat Mangsa

Gambar Hiasan

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun di India telah dirogol dua beradik berusia 12 dan 15 tahun sebelum mencekik mangsa sehingga mati.

 Ibu suspek kemudian menemui mayat mangsa tidak melaporkan kepada polis, sebaliknya dia membantu anaknya menyembunyikan mayat mangsa dari ditemui orang awam. 

Difahamkan, mangsa terdahulu bermain di rumah dua beradik terbabit yang dipujuk oleh suspek dengan gula-gula sebelum merogol dan mencekiknya sehingga mati di Uttar Pradesh. 

Kehilangan mangsa membuatkan keluarganya membuat laporan polis yang kemudian membuat gerakan mencari mangsa dan berjaya menemui mayatnya 180 meter dari rumah suspek. 

Dua beradik itu ditahan dan mengaku terlibat dalam kes itu sementara ibu suspek hanya mengaku membantu menyembunyikan mayat mangsa.

Tiga beranak itu didakwa mengikut Akta Perlindungan Kanak-Kanak dari Kesalahan Seksual kerana membunuh dan menyembunyikan bukti. 

Sumber: Daily Mail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *