Mahkamah Batalkan Kemenangan Anifah Aman Di Parlimen Kimanis

KOTA KINABALU, 16 Ogos: Mahkamah Khas Pilihan Raya hari ini memutuskan bahawa kemenangan Datuk Seri Anifah Aman di kerusi Parlimen Kimanis pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah tidak sah dan terbatal.

Hakim Lee Heng Cheong berkata keputusan tersebut dibuat selepas pemeriksaan semula ke atas peti-peti undi mendapati terdapat unsur-unsur manipulasi termasuk penambahan kertas undi secara tidak sah yang melanggar undang-undang pilihan raya.

Beliau berkata penambahan kertas undi tidak berkaitan adalah satu kesalahan serius yang telah mempengaruhi keputusan pilihan raya itu,  justeru kemenangan tersebut terbatal.

Petisyen itu difailkan Datuk Karim Bujang dari Parti Warisan Sabah (Warisan) bagi mencabar kemenangan Anifah yang bertanding atas tiket Barisan Nasional. 

Mahkamah kemudiannya mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membayar kos kepada Karim sebanyak RM100,000. 

Karim memfailkan petisyen itu pada 18 Jun tahun lepas dan menamakan Anifah sebagai responden pertama dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai responden kedua.

BERNAMA

39